Powered By Blogger

like facebook

RADIO Era.fm online ..

Era.FM
sumber : http://era.fm

Pages

█╤♂♠♀→™•↓Aiman [HS5]↓•™←♀♠♂╤█


Tuesday, June 4, 2013

cara mengatasi diri kita daripada terlibat dengan segala jenis penyakit



rasanya dah lama juga aq xbuat karangan ni....
tiba2 je pensyarah subjek b.kebangsaan aq suroh buat karangan ni ...
dia suroh buat 500 ke atas perkataan 7perenggan, aq cuba cari dari internet .
ada banyak yang aq jumpa tapi banyak yang lari tajuk , aq cuba buangkan yg xpenting dan campur yang rasa2 penting dan ini lah hasilnya ...
t.kasih google dan rakan2 blog yg memberi sumber berguna ini ...

karangan yang menceritakan punca-punca , kesan-kesan dan cara mengatasi diri kita daripada terlibat dengan segala jenis penyakit.

Penyakit berjangkit adalah fenomena biososial. Ia boleh wujud dalam mana-mana masyarakat sejak dahulu hingga kini. Ia sama ada disebabkan agen infeksi atau   bahan-bahan   toksik   yang   merbahaya   kepada   manusia.   Oleh   sebab   ia, telah membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik, antara banyak yang lain. Ia boleh menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan pembangunan negara,   terutamanya   dari   segi   pembangunan   sumber   manusia.punca   penularannya,   langkah   pengawalannya   dan   arah   perkembangannya. Sukar     dielakkan    hubungan      yang   kompleks     antara    manusia     dengan mikroorganisma patogenik dalam usaha pihak berwajib merangka program pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit.

                Punca-punca yang Menyebabkan Penyakit Berjangkit Berlaku, Kebanyakan rakyat Malaysia mengabaikan dari segi pemakanan yang tidak seimbang. Hal ini menyebabkan daya tahan penyakit  merosot. Rakyat Malaysia juga tidak menyediakan makanan sendiri kerana kesibukan bekerja. Mereka lebih gemar makan di luar. Gerai-gerai makanan mungkin kotor dan  makanan yang dimakan juga tercemar. Makanan yang tercemar juga mendatangkan  penyakit berjangkit seperti kolera. Makanan laut juga mudah tercemar dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit.
Banyak kawasan sungai di Malaysia tercemar . Hal ini kerana sisa haiwan dan manusia dibuang di situ. Pembuangan najis menyebabkan bakteria E-coli membiak. Hidupan laut akan tercemar dengan bakteria berkenaan. Jika kita mengambil makanan yang tercemar kita akan mendapat penyakit hepatitis. Pencemaran alam sekitar juga merupakan punca  penyakit berjangkit.  Alam sekitar yang kotor, longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan air bertakung. Air bertakung merupakan tempat nyamuk aedes  dan nyamuk tiruk membiak. Gigitan nyamuk-nyamuk ini boleh menyebabkan penyakit denggi dan malaria.
Penyakit Japannese Encephalitis(JE) merebak di sekitar kandang khinzir yang kotor. Apabila najis khinzir tidak diurus dan dirawat dengan baik ini akan menyebabkan merebaknya virus nipah yang membiak melalui nyamuk culeks. (contoh Banyak penduduk  Kampung Nipah, Port Dickson yang terbunuh kerana penyakit JE).
Masyarakat Malaysia juga membunyai tabiat pemakanan yang buruk. Sesetengah penyakit berpunca daripada tabiat suka berkongsi barang peribadi seperti tuala dan pinggan mangkuk. Penyakit kulit akan merebak apabila kita berkongsi tuala. Terdapat juga  golongan yang mengamalkan hubungan seks rambang. Mereka ini akan dihinggapi penyakit kelamin. Yang lebih berbahaya ialah penyakit AIDS . AIDS juga boleh merebak hasil perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah. Hal ini kerana jarum suntikan yang tercemar dengan virus HIV akan merebakkan penyakit itu kepada penagih dadah.
Kesihatan amat penting kepada sesorang. Setiap rakyat Malaysia dinasihati menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Dengan ini kita tahu tahap kesihatan kita sendiri. Rawatan awal mungkin dapat menyelamatkan nyawa. Kita juga memerlukan suntikan imunisasi seperti BCG dan Rubella.Seseorang itu perlu menjaga kesihatan diri dan alam sekitar. Kita harus mengamalkan pembuangan sampah yang baik. Dengan ini, vektor-vektor penyakit berjangkit seperti lalat dan nyamuk tidak dapat membiak. Di samping itu kita juga harus menjauhkan diri daripada pergaulan bebas, tidak melibatkan diri dengan seks rambang  dan jauhi dadah.    Pilihlah amalan pemakanan yang seimbang agar  daya ketahanan penyakit akan meningkat. Maka tubuh badan kita  tidak mudah diserang penyakit. Di samping itu, kita juga perlu menjaga kebersihan makanan. Elakkan membeli  makanan di gerai-gerai yang kotor dan tercemar. Dengan ini masalah penyakit berjangkit dapat dielakkan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Dalam hal ini, semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya.